Sarapan Pagi Istimewa

~ Thursday, September 24, 2009
Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.
Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? "Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! "Lidah ayam bakar??

Lelaki itu terkejut seraya berkata ! Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut dengan nada sombong.

Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa? Lelaki itu menjawap "Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. "Itukan dari datang 'bontot" ayam!" jawab pelayan tersebut dengan selamba.

0 comments:

Post a Comment