Doa Si Anak
Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya Tuhanku,selamatkanlah ayah, mak, nenek. Selamat tinggal, Datuk". Si ayah kurang pasti dengan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung. Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya tuhanku, selamatkanlah mak dan ayah. Selamat tinggal, Nenek". Si ayah terasa amat risau. Keesokan harinya, si neneknya pula ditemui mati kerana sakit jantung. Si ayah ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya tuhanku, selamatkanlah mak.Selamat tinggal Ayah".
Si ayah panik. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi2 lagi sudah pergi bertemu doktor untuk memastikan beliau sihat. Bila sahaja dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecah pagi tadi tau!"
Si ayah yang hairan bertanya. "Apa yang terjadi pagi tadi?" Isterinya (dengan muka sedih), menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ...." Si ayah ........???????
0 comments:
Post a Comment